11/17/2011 08:08:00 PM

Jamuan Akhir Tahun MGK 2011 Sempena Persaraan Tuan Pengetua

Restoran Kayu Manis, Rumbia Resort Paka
16hb November 2011
     Seperti tahun-tahun yang sudah, aktiviti wajib bagi Majlis Guru Dan Kakitangan iaitu Jamuan Akhir Tahun telah pun berlangsung dengan meriah. Cuma yang menjadi sedikit berlainan tahun ini, jamuan ini diadakan bersempena meraikan persaraan Tuan Pengetua Cemerlang SMK Paka, Encik Arrifin B. Mohammad.
     Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis-Puan Tg Suzanna Bt. Tg Ngah, diikuti dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh En. Muhd Zurahi B. Ghazali. Majlis diteruskan dengan ucapan-ucapan dari Pengerusi MGK SMK Paka 2011 - Pn Mas Ayu Ros Aida Bt Haron, PK HEM - En. Azman B. Mohd Nor, YDP PIBG SMK Paka sesi 2011 - Ayahanda Tuan Haji Taha B. Ngah  dan selitkan sebuah tayangan video klip khas sebelum di akhir dengan ucapan yang dirai - Tuan Pengetua Cemerlang SMK Paka - En. Arrifin B. Mohammad.
PK HEM SMK Paka, En Azman B, Mohd Nor

Tiada Gundah Di Wajahmu Hari Ini
Tuan Pengetua Cemerlang
En. Arrifin B. Mohammad
    Acara majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati-cenderahati persaraan kepada Tuan Pengetua. Dimulakan dengan cenderahati dari wakil-wakil panitia matapelajaran, diikuti oleh wakil-wakil rakan strategik sekolah, wakil staf sokongan, wakil pengurusan dan akhir sekali oleh wakil MGK SMK Paka.

Sumbangan Pok Mat KT Restoran

Akuarium

Sumbangan Staff Sokongan

Antara Cenderahati Titipan Kasih
Buat Pengetua Tersayang



Panitia Pendidikan Islam



Panitia Geografi/Sejarah


AJK Tadbir Villa Seri Cempaka



MGK 2011
     Seterusnya, Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada guru-guru yang menerima cahamata pertama di SMK Paka, cenderahati kepada guru-guru yang bertukar. Tuan Pengetua juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan cenderahati peribadi kepada semua wakil rakan strategik sekolah yang hadir, diantaranya kepada Tuan Penolong PPD- En. Idris B. Bidin, En. Ahmad B. Jusoh (Pok Mat), En. Abdul Jabar b. Abdul Rahman (Pioneer Engineering Sdn Bhd), En. Abdul Rashid (Rashna Jaya Enterprise), Wakil Syarikat Gelombang Timur, Pn Lili Liyana Bt Jusoh (Lili Unik) dan Cik Nazifah Bt. Abdullah (Pembantu Koperasi sekolah). Tn Pengetua juga menyampaikan cenderahati peribadi kepada semua staf sokongan sekolah seramai 16 orang. Tidak lupa kepada wakil guru yang tidak dapat hadir kerana bertugas sebagai Guru Pengawas SPM dan juga guru yang bercuti (haji/bersalin/CTG).
Cenderahati Peribadi Pengetua Kepada Tetamu
     Sebelum jamuan makan, Tuan Pengetua menyempurnakan acara memotong 2 biji kek persaraan yang disumbang oleh pihak Rumbia Resort Paka dan Kedai Roti & Kek Siti. Jamuan makan pula diselang seli dengan acara cabutan hadiah bertuah.
     Walaupun majlis kali ini mengambil masa yang lama untuk tamat, tapi keriangan yang terpancar diwajah setiap guru, kakitangan serta tetamu yang hadir menandakan semua berpuashati terutama selepas menjamu selera dengan hidangan yang sangat menyelerakan dan enak selain menerima hadiah-hadiah.

Apalah yang dibualkan oleh Pengetua dan YDP PIBG tu
Wakil-wakil panitia
Male's table

Meja VIP

Sebahagian Guru

Ceria

Tuan Pengetua Bersama Sahabat Baik En Ahmad B. Jusoh
Tuan Pengetua sempat beramah mesra dengan Pn Sabarina
dan Puan Hazimah sebelum berangkat pulang
    
Seluruh warga MGK SMK Paka bagi sesi 2011 ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Pengurusan, rakan-rakan guru dan kakitangan, AJK PIBG, rakan-rakan strategik sekolah serta semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis kali ini. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang mungkin ada di sana-sini. Kami telah cuba megendalikan majlis sebaik mungkin tapi mungkin baik kami itu masih belum mencukupi.

Andai ada sawah bendang, boleh lah menuai padi
Kalau ada umur panjang, boleh kita jumpa lagi

IKATAN MESRA, MENJALIN KERJASAMA

11/13/2011 05:49:00 PM

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Bersama Pelajar

Ayahanda Tuan Pengetua
Encik Arrifin B. Mohammad
    
     Alhamdulillah hari ini Ahad 13hb November 2011, telah berlangsung majlis meraikan persaraan Tuan Pengetua SMK Paka, Encik Arrifin Bin Mohammad. Majlis pertama dari empat majlis yang dirancang ini telah berlangsung dengan suasana meriah walaupun diselit suasana pilu tatkala melihat Ayahanda Pengetua mengesat air mata semasa menonton tayangan video klip dan slaid yang disediakan.
Perarakan

Ayahanda Tuan Pengetua
di pentas khas

Amanat akhir buat pelajar

     Ayahanda Tuan Pengetua juga dipersembahkan dengan nyanyian lagu Di Sekolah Menengah Paka dari gabungan 4 pelajar dan guru.

Cikgu Faziyana dan pelajar 2 KRK

Pelajar asyik mendengar lagu

Di Sekolah Menengah Paka

Di Sekolah Paka, di tepi jalan
Ramai pelajar, berbilang bangsa

Disuatu hari mula bertugas
Sebagai guru mendidik anak bangsa
Ku pandang wajah guru ikhlas terpancar
Rasa tersentuh jiwa hatiku pilu

Diam diam hai kawai masa berlalu
Cukup waktunya guru mengundur diri
Terima kasih guru kami tersayang
Jasa baktimu kami kenang selalu

Di Sekolah Paka di tepi jalan
Ramai pelajar berbilang bangsa

Wahai kawanku ingatlah kamu
Mulianya guru sentiasa diberkati

Duhai kawanku sayang jangan bersedih
Beginilah lumrah kisah seorang guru
Tapi ingatlah kawanku pesanan guru
Belajar berusaha walau dimana jua

PadaMu Tuhan kami bermohon
Dosa guruku minta diampunkan
Ku iring doa rahmati dia
Moga sentiasa sejahtera selamanya

     Sebagai tanda titipan kasih terhadap Ayahanda Tuan Pengetua, seluruh warga pelajar SMK Paka telah menyumbang beberapa bingkisan cenderahati kenang kenangan dalam bentuk kad ucapan, baju melayu satu persalinan, baju kemeja batik, baju t-shirt, pokok hiasan bonzai dan set perabot jati. Semoga menjadi kenangan dan tanda ingatan.

Cenderahati dari pelajar menengah rendah dan menengah atas

Sepersalinan Baju Melayu dari Pelajar Pra U

Gubahan Kasih dari Badan Pengawas 2011

Dari Pengawas Pusat Sumber

Ikhlas dari PRS

Penyelaras Cenderahati Puan Yan Chula
Tersenyum....Majlis Lancar
     Terima kasih daun keladi buat semua ajk guru dan AJK Pelajar yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini. Mohon kemaafan dari hati andai ada berlaku kecelaan budi dan kekasaran bahasa. Almaklumlah, bukan mudah untuk mengendali suatu majlis bersekala besar seperti ini. Sama-sama lah kita perbaiki kelemahan agar majlis seterusnya pada 16hb November di Rumbia Resort Paka akan lebih meriah dan berseri.

IKATAN MESRA MENJALIN KERJASAMA.