4/21/2011 09:17:00 PM

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI KAMARUDIN BIN SAMAN

Kasih Disemai Bakti Dituai

Tarikh : 24hb mac 2011
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

     Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya maka perjalanan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Tuan Haji Kamarudin Bin Saman Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran SMK Paka berlangsung dengan teratur dan mengikut perancangan.

Pelamin serba indah tersergam di Dewan Seri Gemilang


ATURCARA MAJLIS

10.30 pagi :Ketibaan dan perarakan yang diraikan dengan menaiki beca
                 (beca dikayuh oleh En. Azlie) dari pagar utama ke Bilik
                 Seri Menanti
10.50 pagi : Perarakan masuk ke Dewan seri Gemilang
                 : Persembahan silat oleh pelajar (Harith, Kamarul dan Jamilah)
                  dan guru (Cgu Maulana dan Ust Zuraihi)
11.00 pagi   : Hadirin mengambil tempat
11.05 pagi   : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis (Cik Aleza dan Pn Tg Suzanna)

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

11.10 pagi   : Bacaan Doa oleh Tn Hj Azmi Bin Muda
11.20 pagi   : Ucapan Wakil Pelajar (Wan Mohd Harith Bin Wan Zarudin)
                   : Ucapan Wakil Guru (memyselfandmasayu)
                   : Ucapan Ayahanda YDP PIBG
                   : Ucapan Tuan Pengetua
11.50 pagi   : Tayangan Slaid dan Video Klip
                   : Bacaan Biodata (oleh Ustaz/Sir Zuraihi)
12.20 tgh    : Ucapan yang dirai
12.40 tgh    : Persembahan sajak oleh Nur Afifah Izati

Bak air mengalir...
Tiba juga kiranya di muara waktu
Di sini kami pasti merindu
Hakikat seorang individu
Guru penolong kanan satu
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu.

Antara Foto Yang Sempat Dirakam dan Diabadikan

AJK Cenderahati sibuk menyiapkan gubahan

Pekerja Butik Sha sedang menyiapkan pelamin

Raptai akhir AJK Sambutan

Tuan Pengetua menyelia pentas sejurus sebelum majlis bermula

Indah......

Tuan Haji Kamarudin diarak dengan menaiki beca berhias

Singgah di Bilik Seri Menanti untuk Welcome Drink

Menikmati jamuan ringan

Tuan Haji Kamarudin bersama isteri tersayang Hajjah Wan Sulong

Crew MGK disebalik kalancaran majlis. TQ.

Crew MGK menunggu ketibaan yang dirai.

Staff sokongan tidak ketinggalan

Puteri Bunga Manggar




Pengerusi MGK berucap.



 Yang dirai berucap kali terakhir sebagai pendidik

 Acara memotong pulut kuning Ulangtahun Perkahwinan Ke 33

Krew MGK tidak lepas peluang bergambar kenangan.

Setibanya di Rumbia Resort Paka untuk Jamuan Tengahari


Bersama Crew MGK di Rumbia Resort Paka

Hidangan yang sangat lazat

Sebelum Jamuan Tengahari

YB ADUN Haji Zakaria (berbaju belang) sudi hadir
meraikan sahabat karib beliau

Antara Cenderahati dalam bentuk Hantaran Pengantin


Cenderahati Sumbangan Pelajar


Cenderahati Ikhlas dari Warga SMK Paka


Selamat Bersara Tuan Haji Kamarudin Bin Saman
















4/21/2011 08:32:00 PM

SALAM DARIPADA AJK MGK 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

     Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan laman blog ini dibina baru hari saya berkesempatan untuk mencatatkan sepatah dua kata sebagai Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan (MGK) SMK Paka bagi sesi 2011. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kamal Mizan Bin Ismail @ Abdullah kerana sudi mengasas dan membina laman blog ini.

     Mewakili semua AJK MGK 2011, ucapan terima kasih dan perhargaan kepada Tuan Pengetua serta semua ahli majlis yang telah sudi memilih dan melantik kami untuk menerajui kelab guru di SMK Paka.Kami akan cuba melaksanakan tugas untuk menjaga kebajikan semua ahli kelab sedaya mungkin.

     Berikut ialah senarai nama penuh AJK Majlis Guru Dan Kakitangan (MGK) SMK Paka 2011

Pengerusi        : Puan Mas Ayu Ros Aida Binti Haron
N/Pengerusi    : Cik Saloma Binti A.Bakar
Setiausaha      : Puan Nur Ardina Binti Fauzi
P /Setiausaha  : Puan Norlisa Binti Mat Nor
Bendahari       : Puan Shariza Binti Said
P /Bendahari  : Encik Muhamad Solahudin Bin Ramli

AJK :
1. Puan Fadhilh Binti Mohd Nor
2. Puan Hajah Syarifah Zanirah Binti Tuan Abdul Razak
3. Puan Julita Binti Hamzah
4. Puan Maziah Binti Yusof
5. Puan Sabariah Binti Mat Hassan
6. Cik Noor Asidah Binti Hussin
7. Puan Noor Firdaus Binti Mohd Hanif
8. Encik Muhd Zuraihi Binti Razali
9. Puan Nazirah Binti Chula
10.Puan Hajah Norlaila Binti Muda
11.Puan Wan Mazlina Binti W.Mokhtar
12.Puan Yusni Hafiza Binti Yusof
13. Puan Hajah Rusidah Binti Mustaphy
14. Puan Tengku Suzanna Binti Tengku Hamid
15. Puan Hajah Haslida Binti Hashim
16. Encik Kamal Mizan Bin Ismail @ Abdullah
17. Cik Syarifah Naurah Binti Engku Hassan
18. Cik Maulidah Binti Ngah 

By: Pengerusi MGK SMK Paka 2011
      Puan Mas Ayu Ros Aida Binti Haron

Ikatan Mesra Menjalin Kerjasama