11/13/2011 05:49:00 PM

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Bersama Pelajar

Ayahanda Tuan Pengetua
Encik Arrifin B. Mohammad
    
     Alhamdulillah hari ini Ahad 13hb November 2011, telah berlangsung majlis meraikan persaraan Tuan Pengetua SMK Paka, Encik Arrifin Bin Mohammad. Majlis pertama dari empat majlis yang dirancang ini telah berlangsung dengan suasana meriah walaupun diselit suasana pilu tatkala melihat Ayahanda Pengetua mengesat air mata semasa menonton tayangan video klip dan slaid yang disediakan.
Perarakan

Ayahanda Tuan Pengetua
di pentas khas

Amanat akhir buat pelajar

     Ayahanda Tuan Pengetua juga dipersembahkan dengan nyanyian lagu Di Sekolah Menengah Paka dari gabungan 4 pelajar dan guru.

Cikgu Faziyana dan pelajar 2 KRK

Pelajar asyik mendengar lagu

Di Sekolah Menengah Paka

Di Sekolah Paka, di tepi jalan
Ramai pelajar, berbilang bangsa

Disuatu hari mula bertugas
Sebagai guru mendidik anak bangsa
Ku pandang wajah guru ikhlas terpancar
Rasa tersentuh jiwa hatiku pilu

Diam diam hai kawai masa berlalu
Cukup waktunya guru mengundur diri
Terima kasih guru kami tersayang
Jasa baktimu kami kenang selalu

Di Sekolah Paka di tepi jalan
Ramai pelajar berbilang bangsa

Wahai kawanku ingatlah kamu
Mulianya guru sentiasa diberkati

Duhai kawanku sayang jangan bersedih
Beginilah lumrah kisah seorang guru
Tapi ingatlah kawanku pesanan guru
Belajar berusaha walau dimana jua

PadaMu Tuhan kami bermohon
Dosa guruku minta diampunkan
Ku iring doa rahmati dia
Moga sentiasa sejahtera selamanya

     Sebagai tanda titipan kasih terhadap Ayahanda Tuan Pengetua, seluruh warga pelajar SMK Paka telah menyumbang beberapa bingkisan cenderahati kenang kenangan dalam bentuk kad ucapan, baju melayu satu persalinan, baju kemeja batik, baju t-shirt, pokok hiasan bonzai dan set perabot jati. Semoga menjadi kenangan dan tanda ingatan.

Cenderahati dari pelajar menengah rendah dan menengah atas

Sepersalinan Baju Melayu dari Pelajar Pra U

Gubahan Kasih dari Badan Pengawas 2011

Dari Pengawas Pusat Sumber

Ikhlas dari PRS

Penyelaras Cenderahati Puan Yan Chula
Tersenyum....Majlis Lancar
     Terima kasih daun keladi buat semua ajk guru dan AJK Pelajar yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini. Mohon kemaafan dari hati andai ada berlaku kecelaan budi dan kekasaran bahasa. Almaklumlah, bukan mudah untuk mengendali suatu majlis bersekala besar seperti ini. Sama-sama lah kita perbaiki kelemahan agar majlis seterusnya pada 16hb November di Rumbia Resort Paka akan lebih meriah dan berseri.

IKATAN MESRA MENJALIN KERJASAMA.

0 comments: