1/18/2011 11:12:00 PM

JAMUAN AKHIR TAHUN MGK 2010

Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka telah menganjurkan jamuan akhir tahun kepada ahli-ahlinya sebagai simbolik kepada penutupan aktiviti bagi tahun 2010. Jamuan akhir tahun itu telah diadakan pada 11 November 2010 di Restoran Penyu. Pengerusi MGK, En. Rosli b Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang hadir dalam majlis itu dan berharap agar semua dapat mengambil peluang ini merapatkan ukhuwah di kalangan yang hadir. Rata-rata guru yang ditemui cukup berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap agar pengurusan MGK akan datang boleh menganjurkan majlis seumpama ini lagi.
Backdrop dan tayangan slaid turut menyerikan majlis tersebut
Tuan Pengetua bersama 'ayahanda' PIBG, Tn. Hj Taha
Tidak sabar menjamah makanan...

Guru yang bertukar juga turut dijemput.
*Layari Facebook SMK Paka untuk melihat gambar menarik sekitar majlis.

0 comments: