1/14/2011 05:10:00 PM

BOLING ANJURAN MGK SANTAI DAN MERIAH

Tarikh:  12 Oktober 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Mesra Mall, Kerteh

Kepuasan jelas terpancar di wajah setiap guru dan kakitangan yang menyertai pertandingan ini. Mereka bukan sahaja dapat menghilangkan 'stres' sewaktu bekerja malah dapat mengeratkan jalinan ukhwah di kalangan peserta. Guru-guru dan kakitangan SMK Paka yang tidak bermain juga turut memberi sokongan moral kepada peserta. Maka riuh dan gamatlah pusat boling Mesra Mall, Kerteh dengan gelagat dan keletah peserta menghayun bola boling. Dengan sambutan yang memberangsangkan tidak mustahil pertandingan ini patut dijadikan acara tahunan dalam kalendar Majlis Guru & Kakitangan SMK Paka. Sekalung ucapan tahniah kepada ajk yang menjayakan pertandingan ini.

Mahu tahu siapakah pemenangnya??? Tunggu..


0 comments: