|
Restoran Kayu Manis, Rumbia Resort Paka
16hb November 2011 |
Seperti tahun-tahun yang sudah, aktiviti wajib bagi Majlis Guru Dan Kakitangan iaitu Jamuan Akhir Tahun telah pun berlangsung dengan meriah. Cuma yang menjadi sedikit berlainan tahun ini, jamuan ini diadakan bersempena meraikan persaraan Tuan Pengetua Cemerlang SMK Paka, Encik Arrifin B. Mohammad.
Seterusnya, Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada guru-guru yang menerima cahamata pertama di SMK Paka, cenderahati kepada guru-guru yang bertukar. Tuan Pengetua juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan cenderahati peribadi kepada semua wakil rakan strategik sekolah yang hadir, diantaranya kepada Tuan Penolong PPD- En. Idris B. Bidin, En. Ahmad B. Jusoh (Pok Mat), En. Abdul Jabar b. Abdul Rahman (Pioneer Engineering Sdn Bhd), En. Abdul Rashid (Rashna Jaya Enterprise), Wakil Syarikat Gelombang Timur, Pn Lili Liyana Bt Jusoh (Lili Unik) dan Cik Nazifah Bt. Abdullah (Pembantu Koperasi sekolah). Tn Pengetua juga menyampaikan cenderahati peribadi kepada semua staf sokongan sekolah seramai 16 orang. Tidak lupa kepada wakil guru yang tidak dapat hadir kerana bertugas sebagai Guru Pengawas SPM dan juga guru yang bercuti (haji/bersalin/CTG).
|
Cenderahati Peribadi Pengetua Kepada Tetamu |
Sebelum jamuan makan, Tuan Pengetua menyempurnakan acara memotong 2 biji kek persaraan yang disumbang oleh pihak Rumbia Resort Paka dan Kedai Roti & Kek Siti. Jamuan makan pula diselang seli dengan acara cabutan hadiah bertuah.
Andai ada sawah bendang, boleh lah menuai padi
Kalau ada umur panjang, boleh kita jumpa lagi
IKATAN MESRA, MENJALIN KERJASAMA